Pencinta diriku

Pages

Wednesday, March 30, 2011

Pesan mak aku

Assalamualaikum,
Malas nak update panjang-panjang just nak remind myself dengan nasihat yg selalu mak aku bagi iaitu:

"Lawan perasaan mengantuk tu"

Ahaa..yes aku mengantuk tahap gaban ni. Padahal cukup dah tidur semalam. pekedehal plak an. Antara tips yang aku selalu amalkan bila rasa mengantuk:

1. pedepam! pap~ aku on facebook la.hehe (padahal tak ngantuk pun still on) poyos

Tapi tup-tup bila on FB tengok buffer lama sangat, sawan gak aku..last-last mengantuk blik.huh!

2. Aku buka ceciter ceciter korea..err tapi tips ni bertahan 5-10 minit je, pastu boom!


citer ni sweet sgt, hero die manis mcm gula-gula ^ ^


3. Ahaa..ni tips terakhir dari mak kiah. Mak Kiah selalu pasang lagu head banging    je kalo da ngantuk sgt,...pastu confirm segar balik dek. Hantuk-hantuk kepala cam orang hilang akal.kus-kus.. 



cuba la bawak mengaji sikit dapat jugak pahala kan. ini dok~~P

p/s: er,tadi janji taknak tulis panjang-panjang? dush2!

Tuesday, March 29, 2011

Monday, March 28, 2011

Street Soccer

       Assalamualaikum,
hern...sebelum internet menjadi makin slow, sebelum assignment memanggil-manggil aku untuk dibuatinya baik aku update cepat-cepat. Last weekend boleh dikatakan sangat menggembirakan hati tuan punye blog zadcni.blogspot.com karena telah menyertai program Minggu Pelajar Tanpa Asmara.teeetttttt!!! tanpa asrama actually. Well, yang paling best sekali aku berkesempatan untuk menyertai street soccer dibarisi pemain-pemain gagah dari Kolej Kediaman Perwira iaitu kak dek, kak fad, kak wa, ena, ety, wani, dalila, kak khairul mimi che mat, dan ramai lagi la.


pukul 8 da tercangak..padahal pukul 10 baru start
.
.
.



Yeah..memulakan langkah besar-besaran
.
.
.



haha...nampak tak dorang tendang ape tu??
.
.
.



kak wa injured, wani bleh senyum lagi?hehe
.
.
.



kak wa bersama kasut koyaknya
.
.
.



kak koy injured,nyaris di hantar ke hospital bp :P
.
.
.

Paling tak bleh blah tu kan, tempat pertama, kedua, ketiga and keempat semua kitorang bolot.kah kah..beruntung betul tak sengaja join ha....RM180 beb....nanti nak open table la.huhukk








kami dan sume medal yang diboloti.wuahaha
.
.
.

p/s: Kenapa ada orang panggil nota kaki? ku tak paham betoi la..

Monday, March 21, 2011

Dilema Majoring

*sigh

Sape tak rase di dalam dilema beb. Ini soal masa depan. Apa aku nak jadi in future. Kadang-kadang takut jugak dengan pilihan aku ini. Harap-harap aku dapat menjadi software developer yang berjaya suatu hari nanti..Amin.. Apa yang penting sekarang aku harus mantapkan skill programming, baru lah ada orang nak hire nanti. Yeah, tunjukkan kemampuan diri :)

 

Friday, March 18, 2011

Definisi "Bahagia"

Assalamualaikum..

Kawan-kawan yang disayangi, mari ambil sedikit masa kenali diri, hiasi peribadi, muhasabah diri. Sayangilah diri sendiri sebelum ingin disayangi oleh orang lain. Sekian Terima Kasih ;)

Saturday, March 12, 2011

Kat tempat aku macam ni, kat tempat kau hader??

Assalamualaikum..

bertemu lagi kita di dalam rancangan merepek bersama ZaZa~~ Hasil penat lelah zaza, semalam dan hari ini zaza telah berjaya menyiapkan  2 research iaitu di TNB Kluang, dan Cawangan Polis Trafik Batu Pahat.. (ok gedik gelar zaza di situ) nak cerita detail hasil research kat sini tak payah la deQ, bajet bagus plak an..

Ape yang aku nak sentuh di sini adalah keadaan di parit raja yang tak sama langsung dengan dekat tempat aku (PJayy) layan~~

haha, tak geram ke tengok harga camni bro!
.
.

Aye peciq siyer jo..terharu ke teruja?
.
.
sebesar-besar banner ayam kepak madu...singgit jek~


Sebenarnya banyak lagi makanan yang berharga RM1.00..laksa seringgit and etc. Kuew tiaw, nasi goreng, mee hun berharga RM1.50 segalanya ada di pasar malam-> Sri Gading-hari sabtu, Kolej Kediaman Perwira-hari isnin dan Taman Universiti-hari rabu. 

ahaa...yang ini tak dapek singgit dow..mbohong bonar lak an big apple singgit
tehee :P
.
.

p/s: Kenang daku dalam doamu.hee tolong jangan pengsan!


Sunday, March 6, 2011

Aku Berdiri Di Sini

Salam,

       <--kadang-kadang hidup di atas muka bumi ini, kita akan sampai pada satu tahap yang mana, kita seakan mahu berputus asa...tapi aku sentiasa ingatkan pada diri sendiri yang-->

     "Susah sikit untuk waktu ini takpe...lepas ni InsyaAllah akan senang banyak"


p/s: Start your day with smile people. You will lose nothing ^ ^

Wednesday, March 2, 2011

Test Program

Assalamualaikum,

Hari ni angin mosun barat belah mana aku dapat tiba-tiba bangun awal pagi. Hm..bangun pagi agak kecewa sikit la, sebab semalam dah bajet "orang tu" akan call sekaligus mengejutkan waktu tidur malam ku. Malangnya harapan hanya impian, ku terjaga dari mimpi yang panjang seakan umpama mimpi dalam mimpi..Haha aku pun apa lagi, tak puas hati..baru je lepas kacau dia ni..dengan suara yang mamai-mamai...layan je la aku merepek pagi-pagi ni.huhuhuhu..entah lah...aku rindu sangat kat dia, aku rindu rumah, aku rindu sume-sume.. :(

Sambil prepare untuk entrepreneur presentation dalam beberapa jam lagi, aku sempat jugak compile and run program yang aku nama kan DOB. Kenapa DOB? alah..macam korang tak tau, dulu time kecik-kecik bukan main lagi main tulis biodata bagai..

Nama:
Nama samaran:
Nama comel:
Makanan kegemaran:
Minuman kegemaran:
Orang yang disayangi:
Orang yang dibenci:
bla..bla..bla..

Bila ingat balik benda-benda ni, rasa macam kelakar pun ade..hahaha siap ade orang yang dibenci bagai...

Berbalik kepada penceritaan aku tadi, program yang aku build ni dapat mengira umur kita, berdasarkan DOB yang kita masukkan. So, aku pun cuba, try, test, uji, tengok lah dulu umur aku..then aku dapati umur aku pada 3/3/2011 adalah 21 tahun, 7 bulan dan 17 hari...what a coincidence right? sebab birthday aku 17/7/1989...hehe same-same....certain perempuan, not certain la actually mostly orang perempuan tak nak cakap pasal umur, konon takut orang aim dia tua la ape la...well aku tak kisah pun cakap umur aku berapa.janji rock.hahahaaha...cakap pasal birthday, lambat lagi birthday aku...hmm...tapi aku kepingin birthday cake la this year. Agak-agak sape mau bagi? mau jugak-mau jugak...huhuhuhu


p/s: aku ade try gak si dia punya DOB...uwaaaa baru perasan dia lagi muda dari aku... ^ ^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...